Followers

Wednesday, June 12, 2013

Krim pencerah dan Krim pemutih

  

Ramai diantara kita memilih jalan cepat untuk cerah ,tapi buat apa putih dengan pantas tetapi memudaratkan kesihatan.Pengambilan suntikan dan produk pengelupasan mempunyai kesan sampingan jangka panjang.Sebaiknya ambil produk yang mempunyai agent pemutih yang selamat dan diluluskan oleh department of health (KKM).

Aylamyra mempunyai Krim Pencerah yang kaya dengan VITAMIN C dan ALPHA ARBUTIN ( anda boleh google khasiatnya) yang membantu anda kelihatan cerah tanpa kesan sampingan.Kesannya tidak serta merta tetapi anda dah nampak cerah dalam 7 hingga 14 hari dan kecerahan anda akan berkekalan sekiranya pengambilannya berterusan. 


Ia bukan sahaja mencerahkan tetapi juga krim anti penuaan yang akan menganjalkan ,menegangkan dan menghilangkan kedutan.


Krim ini sangat sesuai untuk krim malam anda dan menjadi peneman hidup anda selamanya.
Aylamyra menawarkan krim mewah ini serendah RM 80/SSRM 85 sahaja.
Dapatkan Aylamyra Cocentrate Skin Brightening Cream hari ini.


Friday, May 31, 2013

Tips mengurut mata

 



Mata yang bengkak dan berlingkaran gelap memang mengganggu penampilan. Cara mengatasinya adalah dengan urutan khusus yang dapat merangsang aliran cairan.Gunakan Aylamyra Eye Serum semasa mengurut.

Lakukan:
Urut lembut bahagian tengah kelopak mata atas ke arah luar dengan jari tangan.
Lakukan urutan ini pada kelopak mata bahagian bawah juga.
Lakukan urutan pada hujung mata  dari atas kepangkal mata.

Thursday, May 30, 2013

Kebaikan membuat rawatan wajah

 
Tujuan facial adalah untuk membersihkan bintik hitam dan putih serta kotoran yang ‘terperangkap’ di pori-pori kulit wajah. Namun, Jika pembersihan tidak dilakukan secara optimal, alat yang digunakan tidak bersih, dan rawatan lanjut tidak dilakukan(rawatan rumah), maka jerawat mungkin datang lagi.

Yang sering terjadi adalah, ketika bintik putih dikeluarkan, maka pori-pori jadi terbuka lebar. Bila luka yang ditimbulkan akibat jarum semasa tengah facial dan tidak dirawat dengan tepat, maka akan terjadilah iritasi (kulit terasa pedih dan memerah) dan menimbulkan jerawat. Sebaiknya facial dilakukan kurang lebih 2 minggu hingga 1 bulan sekali, dan setelah melakukannya jangan terkena air selama kurang lebih 2 jam.

Penjagaan harian rawatan dirumah adalah paling penting , anda perlukan

Pencuci make up (remover)
pencuci wajah
toner(penyegar)
scrub
serum(ada banyak jenis elok ada koleksi sendiri dirumah)  contoh Aylamyra Diamond Serum
masker  (banyak jenis ,beli lah dan simpan stok bila senang buat)
krim siang
krim malam
krim rawatan/treatment  contoh Aylamyra Cocentrated skin brightening cream
sun block/sun protector/BB cream
Boleh pilih skin care anda di www.aylamyra.com

Cuba lihat , anda ada semua ini

Jika tidak ada FIKIRkan lah kalau anda tak jaga dari sekarang nanti akan datang jeragat dah penuh dimuka ...BUDGET utk skin care anda menjadi 2 x ganda...

Wednesday, May 29, 2013

Tip-tip mencegah jerawat


Tips mencegah jerawat:
  • Rajin membersihkan wajah

    Salah satu penyebab timbulnya jerawat adalah kotoran dan bakteria yang menempel di wajah. Dengan mencuci muka atau membersihkan wajah menggunakan cleanser yang sesuai dapat segera menyingkirkan kotoran dan bakteria yang ada.
  • Singkirkan rambut dari wajah

    Rambut akan menjadi kotor dan berminyak saat kita melakukan aktiviti seharian. Bila rambut menyentuh wajah, maka kotoran tersebut dapat pindah ke wajah kita dan dapat menimbulkan jerawat.
  • Cuci sarung bantal dan cadar secara teratur

    Rambut yang kotor atau wajah yang tidak bersih dapat menyebabkan kuman dan kotoran berpindah di sarung bantal atau seprei saat kita menggunakan bantal. Kemudian, pada saat yang lain saat wajah menempel di bantal, kotoran tersebut kembali menempel di wajah kita.
  • Minum 8 gelas air sehari

    Minum air yang cukup dapat membantu tubuh mengeluarkan racun dan zat tidak berguna yang ada di tubuh, sehingga dapat mengurangi risiko timbulnya jerawat.
  • Menggunakan masker pencegah jerawat secara teratur.

    Dengan menggunakan masker yang sesuai. Hal ini dapat membantu menghilangkan bakteria dan minyak di wajah.
  • Kurangkan penggunaan kosmetik

    Menggunakan kosmetik dapat menyumbat pori-pori pada kulit wajah. Sumbatan ini membuat pori-pori tidak bernafas dengan baik. Pilihlah kosmetik yang berasaskan air yang dapat mengurangkan potensi timbulnya jerawat berbanding kosmetik yang berasaskan minyak.
  • Jangan picit jerawat yang ada

    Tangan yang kotor saat anda memegang dan memicit jerawat menambahkan lagi minyak dan kotoran di wajah. Saat memicit jerawat, lapisan yang ada di bawah kulit akan menjadi rosak dan menyebabkan minyak wajah menyebar ke bagian lain dari wajah sehingga jerawat timbul semakin banyak

Atasi masalah jerawat anda set penjagaan wajah Aylamyra Klik sini

Vitamin Yang baik Untuk Kita



Jom kita tengok peranan Vitamin yang baik untuk kulit.

Vitamin A
Vitamin A bertanggung jawab untuk meremajakan kulit dan melembutkan kulit.Kalau kita tak cukup vitamin A kulit kita akan menjadi kering dan kasar.

Vitamin B
Vitamin B kompleks sangat sesuai diambil sebagai makanan tambahan kerana ia mempertahankan keseimbangan kecerahan kulit.

Vitamin C
Vitamin C pulak menentang radikal bebas dan membantu penghasilan colagen, kalau kita kekurangan Vitamin C pori-pori kita akan semakin membesar dan kulit menjadi kasar.

Vitamin P
Bioflavonoids atau vitamin P membaiki semula kapilari darah yang pecah dan membaiki dinding sel yang cedera ,ia juga selalu dikenali sebahagian dari VItamin C.

Vitamin D
Vitamin D terhasil pada kulit oleh cahaya matahari,ia membantu dalam masalah pigmetasi kulit.

Vitamin E
haaa..Vitamin E sangat penting dan anda patut ambil vitamin E sebagai makanan tambahan kerana ia adalah ketua kepada semua vitamin dalam bab Anti Penuaan.Vitamin E mampu menghalang cahaya UVA dan UVB ,mengelakan tanda penuaan dan boleh hilangkan sun burn dan membantu dalam menghilangkan parut dan kedutan.
Vitamin K
Vitamin k pulak membantu dalam membaiki kulit yang rosak di wajah atau di badan.Tanda-tanda ia berkurangan adalah kulit mudah lebam.

Friday, May 17, 2013

Kulit Berminyak dan penjagaannya.


Kulit Berminyak dan penjagaannya.

Jika kulit anda sering kelihatan licin, berkilat, atau berjerawat - atau ketiga-tiga - kemungkinan anda mempunyai kulit berminyak.
So kita tak boleh tukar jenis kulit kita tapi kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal masalah ini

Apa yang menyebabkan kulit berminyak?

Kulit berminyak disebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum.
Perubahan hormon (terutamanya semasa baligh, kehamilan, dan menopaus) memainkan peranan,
kelenjar minyak berubah dengan pantas pada masa-masa tertentu dan menghasilkan sebum yang berlebihan,
terutama kawasan zon t (kawasan dahi, hidung, dan dagu). Ini bukan sahaja mencipta minyak dan bersinar,
tetapi juga boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat. Pil perancang juga boleh memburukkan lagi masalah kulit berminyak,
walaupun sesetengah pil sebenarnya boleh membantu keadaan. (Lelaki juga boleh dipengaruhi oleh perubahan hormon, walaupun pada tahap yang lebih rendah.)
Kulit berminyak juga boleh diwarisi.

Menjaga Kulit Berminyak

Jangan overwash. Ini bukan satu isu kebersihan, jadi basuh lebih kerap tidak akan membantu. Apabila anda mencuci atau mandi, gunakan
air  sejuk dan pembersih yang dirumus khas untuk kulit berminyak,contoh Aylamyra Oil Free Cleanser. Ia pembersih khusus untuk kulit berminyak dan
bermasalah jerawat.Aylamyra Oil Free Cleanser ini juga mempunyai bahan aktif yang membersihkan kulit dengan mendalam dan tanpa mengeringkan dan menyakitkan kulit.

Anda juga perlu tahu sebelum nak pakai apa -apa cream pastikan kulit benar2 kering barulah disapu cream supaya ia tidak menyumbat liang pori-pori.Setiap kali
nak beli apa-apa produk pastikan ia bebas minyak.(Oil FREE).Pakai pelindung matahari setiap hari untuk melindungi kulit anda.Gunakan tisu menyerap minyak
untuk memastikan kulit anda sentiasa kering.

Sunday, April 28, 2013

Untuk kekal muda pelembab wajah sangat penting

Bila kita semakin meningkat usia, apa nak dihairankan kalau kulit kita gelap,kusam dan tak licin.Selalunya
hal mcm ni berlaku kalau kita tak jaga kulit kita dari awal.Namun masih belum terlewat nak ubah semua ni.
Selain pengunaan produk yang tepat anda juga harus bersabar dengan masa.
Jangan cincai dalam aspek penjagaan wajah , adakah anda ada set skin care anda sendiri,
Jika anda mampu pastikan anda ada
Pembersih wajah
Penyegar
Serum
Masker
Pelembab
Sun block
Mesin ultra sonic.
Kalau tak ada lengkapkan.
Kalau anda mengunakan sabun tukarlah pada cleansing gel,kerana ia lebih baik dari sabun.Saya dah citer banyak kali pasal step facial, pasal penting ke tak penting pakai toner...kali saya nak anda pentingkan pemakaian pelembab.
Ada pelembab memang ada sun block...bagi setengah orang oklah tu dah cukup tapi bagi kebanyakan kumpulan yang lain
mereka sangat memerlukan tambahan pelembab boleh pakai siang jer atau malam jer.Aylamyra skin care mengeluarkan 2 jenis
pelembab terbaru dan sudah berada dipasaran. Saya akan terangkan siapa yang patut mengunakannya dan apakah hasilnya nanti.
Dan tolonglah balik ke dunia realiti tentang yg anda selelau fikir yang sebaik sahaja habis sebotol pelembab kulit anda putih melepak dan licin
bak putih telur.
Produk kita bukan produk magic tapi jika digunakan dengan teratur,konsisten dan berterusan ya apa yang saya katakan tadi benar-benar
berlaku.
Aylamyra Stem Cell Mosturizing Cream



Aylamyra stem cell mosturizing cream membantu membaiki sel kulit yang rosak dan membantu kulit jadi rata dan licin semula. Ia juga menghilangkan kusam dan melambatkan proses penuaan .Pelembab ini mengandungi stem cell yang tidak murah dan sangat berharga untuk anda.Krim ni sangat sesuai bagi mereka yang kulit bermasalah seperti parut berlubang,pori2 besar ,kendur dan kusam.
Aylamyra Concentrate Skin Brighterning cream

 Manakala Aylamyra Cocentrate Skin Brightening pulak anda gabungan VITAMIN C dan ALPHA ARBUTIN yang sangat bagus untuk memutihkan wajah anda secara
selamat. Kita bukan macam produk pemutih yang berlambak di pasaran. Produk kita BEBAS dan TIDAK ADA paraben,hydroquinon dan mercuri yang
merupakan bahan terlarang yang dibenarkan KKM.
Dengan mengunakan krim ini kulit anda tidak akan mengelupas kerana krim ini bersifat lembut dan bertindak secara semulajadi.
Jadi pastikan anda mempunyai pelembab hari ini ya.

PROMOSI

PROMOSI

Recent Posts

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care