Friday, February 3, 2012

Adakah anda tahu organ terbesar pada diri kita adalah KULIT ANDA? Dan ketahui jenis kulit anda.



Adakah anda tahu organ terbesar pada diri kita adalah KULIT ANDA???

Hari ni saya akan share sedikit info pada anda apa yang anda patut tahu tentang kulit anda.

Kulit anda bukanlah sekadar wajah anda yang mana korang hanya tumpukan kat situ je kan.Kulit merupakan organ terbesar dan kadang kadang korang lupa sesuatu tentangnya.

Tahukan berat kulit anda sahaja ada 3 kg untuk wanita dan bagi lelaki pula adalah 5 kg ..hu hu hu kat sini je dah 3 kg !

Apa pula rahsia kulit yang baik ? tak lah mengejutkan sangat ,keadaan kulit kita ni dipengaruhi oleh keturunan,cara pemakanan,keadaan kesihatan ,emosi yang baik dan juga senaman. Macam mana korang jaga kulit juga memainkan peranan penting untuk memastikan korang nampak cantik di depan orang lain.

Korang tahukan kulit kita ni terdiri daripada sel kulit ,tapi korang tahu tak yang ada 19 juta sel kulit pada setiap inchi persegi kulit kita.

Makanlah banyak sayuran dan makan banyak jenis sayuran. Terutama yang tinggi denga vitamin C dan E macam sayur bayam,lobak merah,cili benggala merah dan tomato.kalau korang suka makan sayuran ni ia memang kaya dengan anti oksidan yang memainkan peranan utama dalam menjaga kesihatan kita dan juga kulit kita.

Kat badan kita ni ada kulit yang tebal dan ada kulit yang nipis.Korang tahu tak kulit yang paling nipis kat kelopak mata dan paling tebal adalah tapak tangan dan tapak kaki.

Hmm korang tak tahu jenis kulit korang ??
Ok try this simple test ya .Cuci muka korang dengan cleanser dan lap bersih biarkan seketika.lepas 15 minit letak kertas turas dan letakkan di tempat berbeza dekat muka korang contoh kat hidung ,dahi ,pipi dan lain2.kawasan yang menghasilkan banyak minyak akan buat kertas turas tu melekat pada kulit sebab dapat melekat minyak.
kalau kertas tak melekat langsung korang mengalami dry skin,kalau cuma melekat kat dahi,hidung dan dagu korang mengalami kulit kombinasi dan kalau semua nya melekat maka kulit anda totally berminyak.

Apapun dari awal korang kene jaga kulit sebab semakin lewat korang nak jaga semakin mahal harga rawatan atau produk yang korang kene bayar nanti.Namun kalau korang already 35 and above jangan kompromi lagilah , u hav to take care ur skin jika tak nak kulit menjadi tua dengan cepat.

1 comment:

  1. Nice tips. thank you for sharig pasal kertas2 turas tu.. :)

    ReplyDelete

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care