Monday, June 18, 2012

Penerangan untuk jenis kulit.


Penerangan untuk jenis kulit.

KERING : kulit kering tidak menghasilkan minyak yang cukup untuk memberi perlindungan sewajarnya pada kulit daripada kehilangan air.Akibatnya ,permukaan kulit menjadi kering mudah membentuk garisan penuaan.Kekurangan penghasilan minyak dan kandungan air yang membendung collagen akan terbuka yang mana membawa kepada kedutan yang dalam.Kulit kering memerlukan pembersihan yang kerap dan memerlukan rawatan pelembab.

NORMAL: kulit normal menghasilkan minyak yang cukup maka kulit dilindungi dari kehilangan kelembapan.Akibatnya kulit tidak kering atau tidak berminyak terhindar dari bakteria.Dengan penjagaan yang konsisten dan kerap kulit normal akan mempunyai kedutan atau garis halus yang sangat minimum.Kulit normal perlukan skin care yang sesuai ,pembersihan yang kerap dan pelembab tambahan.

KOMBINASI : kulit jenis menghasilkan lebih minyak di satu-dua area wajah seperti pada hidung dan dahi mana kala di area lain ia kering.Jenis kulit ini lebih kepada normal skin dimana ada satu -dua kawasan berkilat pada wajah. Ia memerlukan penjagaan yang konsisten dan bahagian minyak perlu mengunakan skin care yang mengawal minyak.

BERMINYAK-BERSIH : Kulit jenis ini menghasilkan lebihan minyak diseluruh wajah, namun ia seperti kulit normal adalah sikit masalah blemish tetapi masalah kedutan tu jarang.Masalah wajah berkilat tu memang biasa. Kene rajin scrub wajah dan perlukan penjagaan wajah yang mengawal minyak.


BERMINYAK-JERAWAT : Kulit jenis ini menghasilkan lebihan minyak pada wajah dan banyak jerawat. So kulit nampak berkilat jugak.So kene selalu scrub,gunakan skin care yang mengawal minyak dan krim khas untuk hilangkan jerawat.Kulit berminyak bukan punca jerawat,tetapi pembersihan yang tidak betul dan tidak kerap menyebabkan pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.So kene jaga kebersihan dengan lebih lagi.

BERMINYAK-SENSITIF: kulit jenis menghasilkan lebihan minyak dan kadang-kadang ada jerawat dan area kulit sensitif di beberapa tempat,kulit senang menjadi merah dan pedih.Namun ia boleh dirawat dengan pengunaan skincare yang sesuai dan lembut.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care