Tuesday, November 6, 2012

Cara rawatan wajah alami.

Selain mengunakan skin care , jika ada masa terluang anda boleh gunakan barang-barang
yang ada didapur untuk membuat rawatan kecantikan.
Mari kita tengok satu persatu ya.

1. Buah lemon : Cara yang ini cukup ringkas. Anda hanya memerlukan sebiji  lemon segar.
Potong buah lemon menjadi dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan ke wajah dengan arah memutar.
Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air suam. Air perahan lemon bermanfaat untuk
menganjalkan kulit wajah, mengecilkan pori-pori, dan menyingkirkan minyak berlebihan.

2. Strawberry : mengandungi vitamin C, antioksidan, dan exfoliant yang berfungsi untuk membantu menanggalkan sel kulit mati.
Caranya, hancurkan beberapa beberapa biji strawberry, kemudian sapukan  pada  wajah selama beberapa minit.
Bilas dengan air biasa.

3. Madu : Pemanis yang berkhasiat ini bermanfaat untuk membuat kulit wajah lebih lembab. Selain melembabkan, madu juga
berguna untuk menghilangkan jerawat, dan memelihara agar kulit tetap lembut dan tegang. Anda boleh menyapukan kan madu asli pada kulit wajah,
kemudian bilas dengan air setelah beberapa minit.

4. Putih telur : Selain berfungsi sebagai pelembap semulajadi, putih telur juga bisa menegangkan kulit wajah.
Caranya, pisahkan putih dari kuning telur. Sapukan putih telur dengan menggunakan berus. Setelah 5 minit, bilas dengan air biasa.

5. Pisang : bermanfaat untuk melembabkan dan menyegarkan kulit. Blend pisang sampai halus, kemudian tambahkan sedikit madu. Sapukan ke wajah secara menyeluruh. Bilas setelah 10 minit.

6. Jika anda merasa malas dengan semua ini..nah penyelesaian mudah dapatkan Aylamyra Gold serum hari ini .Sapukan 2x sehari
kesannya jauh lebih efektif dan wajah anda pasti berseri-seri.

Aylamyra 24K Gold Serum

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care