Tuesday, November 6, 2012

Pengelupasan atau peeling

Bagi wanita masa kini, kulit wajah merupakan bahagian tubuh yang paling mendapat lebih perhatian.
Sedikit saja muncul kedutan atau bintik hitam, maka segala cara akan dicuba untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih, putih,tanpa bintik hitam dan kedutan.

Namun anda harus berhati-hati dalam memilih jenis perawatan wajah yang ingin digunakan.Jika tidak kulit wajah anda bukannya menjadi lebih baik,
malah bertambah rosak.
Apakah pengelupasan menjadi salah satu jenis rawatan wajah yang mungkin anda pilih ? Baiklah hari ini kita akan mengetahui tentang pengelupasan dan risiko yang perlu anda tanggung.

Selalu dipanggil 'Peeling' merupakan pengelupasan kulit yang dilakukan secara kimia dengan menggunakan larutan kimia yang sesuai untuk kulit anda.
Jika anda ingin mencuba teknik peeling untuk menghilangkan kedutan dan bintik-bintik hitam di wajah, ada baiknya jika anda bincang dulu dengan beautician atau doktor. Mereka akan membantu anda menentukan jenis  pengelupasan, jenis cairan kimia apa yang paling sesuai untuk jenis kulit anda, bahagian mana yang ingin anda mahu, hasil macam mana yang nnda inginkan, macam mana risiko yang mampu anda terima dan lain-lain.

 
Jenis-Jenis Pengelupasan

Ada tiga jenis pengelupasan berdasarkan kedalamannya.

1. Pengelupasan luar. Pengelupasan ini merupakan jenis paling ringan dari pengelupasan secara kimia dan dapat digunakan pada semua jenis kulit.
Pengelupasan luar biasanya digunakan untuk memperbaiki penampilan perubahan pigmen di kulit, bekas jerawat, kerosakan ringan akibat matahari,atau kedutan halus untuk semua jenis kulit. Pengelupasan luarab mungkin dapat mengurangi, tetapi tidak dapat menghapus kerosakan akibat matahari dan tanda-tanda penuaan. Hasilnya juga tidak terus dapat dilihat, tapi ketika hasilnya muncul, mungkin hanya minimum.

2. Pengelupasan medium. Pengelupasan ini menembusi kulit lebih dalam daripada pengelupasan luaran dan dapat menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit. Pengelupasan medium digunakan untuk menyembuhkan kedutan halus sampai kedutan tahap sedang, kerosakan akibat matahari
dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka menjelang kanser pada kulit, yang biasanya disebabkan karena sinar matahari yang berlebihan.Rawatan susulan sangat diperlukan sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

3. Pengelupasan dalam. Pengelupasan dalam menembusi beberapa lapisan kulit dan menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit.
Pengelupasan ini biasanya dilakukan hanya pada kulit wajah. Pengelupasan dalam digunakan untuk menghilangkan beberapa kedutan, kerosakan akibat sinar matahari dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka dan pertumbuhan kulit.

Namun tidak semua orang boleh melakukan pengelupasan dalam terhadap kulit wajah mereka. Biasanya pengelupasan dalam ini tidak boleh dilakukan pada jenis kulit yang gelap kerana hasil dari pengelupasan dalam ini menjuruskan kepada pemutihan. Tentu anda tidak ingin kulit anda berbelang-belangkan? Pengelupasan dalam ini pun hanya dapat dilakukan sekali sahaja seumur hidup.

RISIKO


Anda dah selesai melakukan pengelupasan atau peeling? Ada risikonya.Pada umumnya, semakin dalam pengelupasan, semakin besar risiko kesan sampingan dan komplikasinya. Satu pengelupasan kimia dapat menyebabkan:

1. Kemerahan (erythema). Semakin dalam pengelupasan atau untuk jenis kulit tertentu, kemerahan dapat menjadi teruk. Itu akan hilang dalam beberapa minggu, atau  beberapa bulan.

2. Perubahan warna kulit. Kawasan yang sedang dalam rawatan mungkin akan menjadi lebih gelap atau terang daripada kulit di sekitarnya.

3. Kulit mengeras dan mengelupas.

4. Bengkak (edema), khususnya di daerah sekitar mata.

5. Terluka.

6. Reaksi alergi terhadap produk.

7. Infection. Orang yang memiliki sejarah penyakit herpes biasanya memiliki kecenderungan terkena infection setelah pengelupasan secara kimia.

8. Meningkatnya tahap sensitiviti terhadap sinar matahari.

Jenis bahan pengelupasan yang selalu digunakan dan tidak berbahaya adalah

Glycolic Acid(AHA)
Salicylic Acid (BHA)
Lactic Acid
Jessner’s Peel
Resorcinol
TCA (Trichloracetic Acid)

Bahan pengelupasan boleh

-membantu menghilangkan kulit rosak akibat matahari
-menghilangkan garis-garis halus
-membaiki stuktur kulit
-menghilangkan black dan white head

Bahan pengelupasan tidak boleh

-Menghilangkan atau mengurangkan kesan nampakan saluran darah
-menukar diameter pori2 terbuka
-Menghilangkan parut dalam
-tidak boleh menegangkan muka

Saya ingin memperkenalkan AylaMyra Face Treatment Gel RM 70

Formula hebat,cleanser yang bertindak seperti scrub yang bertindak membersihkan dan mencerahkan kulit. Ia membersihkan kulit dengan sepenuhnya juga meningkatkan potensi penghasilan kulit baru yang halus dan berseri.Cleanser ini mampu mengurangkan jeragat dan menghilangkan pigmentasi.Black dan Whitehead juga boleh hilang.

Cara pengunaan
Cara 1.guna setiap hari pada minggu pertama kemudian jarakkan pengunaan selang sehari.
Cara2. guna terus selang sehari.
Jangan guna terlalu lama pada sesuatu tempat,fokus pada bahagian pipi.Bilas dengan bersih
diikuti dengan hydro toner dan 24k gold serum.

* Ada potensi terjadinya pengelupasan kulit.Namun tahap pengelupasan produk ini adalah rendah kemunkinan kulit anda tidak mengelupas pun ada.Jadi produk ini sangat selamat digunakan.




3 comments:

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care