Monday, February 18, 2013

Penjagaan wajah harian anda

Macam mana nak buat Facial sendiri kat rumah ? Sebenarnya sangat mudah ,dan ada cara ringkas dan ada cara lebih tertib dan panjang sikit.Hari ni saya nak cerita tentang penjagaan harian .Ramai pelanggan saya berkata 
-kalau tak nak pakai toner boleh ?
-kalau saya pakai sabun jer boleh tak 
-saya tak suka pakai sun block ,kalau tak pakai boleh ?
-kulit saya sensitif tak boleh pakai krim malam.
Ok jawapan pada semua diatas adalah TIDAK BOLEH skip step facial kalau NAK KULIT SIHAT pada masa 10 atau 20 tahun akan datang.Kecuaian hari ni membawa kepada sengsara yang panjang masa akan datang.
Kalau anda tak pernah pakai toner ,belajarlah untuk pakai,begitu juga yang lain2 , tak pernah maka cuba,tak sesuai kene cari sampai jumpa yang sesuai.Bagi mereka yang mempunyai masalah tak sesuai adalah kerana anda alergi terhadap bahan kosmetik tertentu ,jadi anda kene try n error.memang makan kos sedikit dah jumpa yang sesuai u boleh amalkan seumur hidup nanti.

Cleanser.
Mesti cuci muka dengan bersih ,kalau pakai sabun pun boleh ,tapi kalau pakai sabun mesti ada toner bersifat melembab sebab sabun memang mengeringkan muka ( walau pun ada setengah sabun kata melembab kene juga cari toner melembab).Semasa cuci muka ,mestilah secara memutar atau bulat2 menghala keatas. Jangan cepat sangat dan jangan lambat sangat pulak terutama kulit sensitif ,pastikan wajah anda dah dicuci rata dah cukup bilas dengan air sederhana suhunya.tak sejuk sgt tak panas sgt ,tak perlu banyak air sebenarnya.

Scrub.
Sekira muka anda tidak halus,macam ada biji2 tak kelihatan atau kelihatan ,anda kene rajin scrub jgan risau boleh hilang tapi kene rajin pakai serum ay;amyra purifying/scar so biji2 tu akan lembut dan akan remove sendiri masa u scrub muka tu.Pilih scrub yang halus dan beli scrub yang seed gedabak besarnya muka boleh rosak.

Toner.
Pilihlah toner all skin type ,kecuali anda punya muka lepas 1 jam dan oily sgt kene pakai toner untuk oily skin tapi kalau muka minyak sikit 2 boleh je pakai toner all skin type. Ini ada kerana toner all skin type ph nya sederhana dan sangat memlembabkan dan menyeimbangkan keadaan kelembapan kulit. Toner boleh pakai dengan tisu kapas terutama sekali yang pakai make up tu sebab sisa kotoran sure ada punya,tapi bagi yang tak pakai make up kalau yakin muka dah bersih boleh guna tangan je pakai toner ni.

Serum
anda boleh pilih serum yang sesuai dengan anda,tapi ingat kalau anda ada jerawat pakai serum untuk jerawat dulu jangan memandai pilih serum yang lain,walaupun kawan anda kata boleh, itu kulit dia kulit anda lain cerita.Hanya org tertentu boleh pakai apa jenis serum dan banyak orang yang tidak boleh pakai semua jenis serum semasa jerawat , ini adalah kerana jerawat boleh meradang dan jadi lebih teruk , dan akibatnya muka anda akan banyak parut yang lambat nak hilang,nak selamat pakai serum jerawat dulu dah sembuh boleh pakai yang lain.Bagi yang ada mesin ultrasonic masa nilah nak gunakan.Ada banyak kebaikan kalau guna mesin ni.

Sun block
sekarang ni most of the pelembab dah di satukan dengan pelindung matahari so tak perlulah nak pakai byk2 krim terutama mereka yang muda belia.Tetapi bagi yang ada masalah penuaan spt jeragat,kulit kering,kulit berkedut bolehlah amik pelembab yang bersesuaian dan apply sebelum sun block.

Krim malam

Tak wajib, selepas serum tak wajib pakai krim malam,tetapi kalau anda ada kulit bermasalah spt yang saya cakap tadi iaitu ada kulit kering ,jeragat dan berkedut boleh amik krim malam selepas serum.

Semua step ni adalah patut dan wajib anda ambil dan tak boleh skip.kalau anda skip muka anda akan selalu nampak kusam dan tak bermaya dan masa lewat 30an dan 40 an kulit wajah anda akan sgt kering,berjeragat dan berkedut.jadi pada yang masih muda ambil langkah awal untuk cantik ya.


Jika anda belum mempunyai set penjagaan bolehlah cuba set ini,

Promosi Basic Facial Set RM 199

Aylamyra Basic Facial Skin Care RM 199.




Basic Facial set .(untuk semua jenis kulit)
Harga Promosi RM 199
Harga asal RM 233
JIMAT RM 34


Aylamyra

-Cleansing Gel 1 pcs
-Hydro Toner 1 pcs
-Serum (pilihan sendiri boleh mix)
-SPF 30 Sun Block.
FREE GIFT .

Cara mengunakannya .
Cuci wajah dengan bersih mengunakan Aylamyra cleansing Gel ,kemudian bersihkan lagi mengunakan tisu kapas dengan Aylamyra Hydro Toner.Setelah itu sapu dan massage serum pilihan anda.Akhir sekali apply sun block ke wajah anda.Pada sebelah malam pula cukup sampai step serum.

pilih serum mengikut panduan berikut
# Clear Skin Whitening Serum- untuk cerah
# 24 K Gold Serum-utk kulit kering dan kusam
# Purifying and Scar Serum- untuk jerawat dan parut
# Stem Cell Peptide serum- untuk parut berlubang
# Renewal Diamond Serum-untuk jeragat,pigmentasi,seri wajah,kulit kendur,berkedut
# Soothing Serum-utk kulit sensitif
# Open pore Serum-untuk liang roma besar-besar
# Eye Serum- untuk eye bag.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care