Wednesday, May 29, 2013

Vitamin Yang baik Untuk Kita



Jom kita tengok peranan Vitamin yang baik untuk kulit.

Vitamin A
Vitamin A bertanggung jawab untuk meremajakan kulit dan melembutkan kulit.Kalau kita tak cukup vitamin A kulit kita akan menjadi kering dan kasar.

Vitamin B
Vitamin B kompleks sangat sesuai diambil sebagai makanan tambahan kerana ia mempertahankan keseimbangan kecerahan kulit.

Vitamin C
Vitamin C pulak menentang radikal bebas dan membantu penghasilan colagen, kalau kita kekurangan Vitamin C pori-pori kita akan semakin membesar dan kulit menjadi kasar.

Vitamin P
Bioflavonoids atau vitamin P membaiki semula kapilari darah yang pecah dan membaiki dinding sel yang cedera ,ia juga selalu dikenali sebahagian dari VItamin C.

Vitamin D
Vitamin D terhasil pada kulit oleh cahaya matahari,ia membantu dalam masalah pigmetasi kulit.

Vitamin E
haaa..Vitamin E sangat penting dan anda patut ambil vitamin E sebagai makanan tambahan kerana ia adalah ketua kepada semua vitamin dalam bab Anti Penuaan.Vitamin E mampu menghalang cahaya UVA dan UVB ,mengelakan tanda penuaan dan boleh hilangkan sun burn dan membantu dalam menghilangkan parut dan kedutan.
Vitamin K
Vitamin k pulak membantu dalam membaiki kulit yang rosak di wajah atau di badan.Tanda-tanda ia berkurangan adalah kulit mudah lebam.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care