Friday, July 5, 2013

14 petua hilangkan parut.

Rupanya ada 14 petua tradisional untuk hilangkan parut.Bergantung kita ni rajin atau tidak nak buat semua  petua-petua ni.

Tapi di zaman moden ni kita susah nak dapat bahan dan kesibukan kerja jadi agak leceh untuk mengamalkan petua.

Aylamyra Purifying And Scar serum
Bagi saya mudah Aylamyra ada serum yang sesuai untuk menghilangkan parut anda.Untuk parut jerawat yang merah -kemerahan dan bertukar menjadi parut hitam yang menjadi cela pada wajah anda boleh mengunakan purifying and scar serum .

Manakala untuk parut berlubang ,kulit berlekuk2 mcm kawah bulan boleh gunakan Aylamyra Stem Cell serum ia cepat dan mudah.

Hanya sapu 2 x sehari untuk result yang memuaskan.
Aylamyra Stem Cell Serum




Namun kita boleh terus mencuba petua tradisional jugak ya.

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.


1 comment:

  1. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    ReplyDelete

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care