Saturday, September 28, 2013

Perbezaan antara BB Cream dan Foundation


Mungkin ada diantara anda yang keliru dan ingin tahu mengenai perbezaan BB Cream dan juga krim asas atau krim foundation yang biasa disapukan di wajah anda sebelum anda mengenakan solekan lain.

BB Cream atau nama asalnya Blemish Balm Cream adalah produk yang telah mula-mula diperkenalkan di Asia ( Korea Utara )  dan formula untuk krim ini dikatakan berasal dari Jerman dan digunakan untuk menghilangkan parut selepas melakukan pembedahan wajah atau kulit. Ia mula mula dipakai oleh pelakon popular Korea Selatan dan sekarang ini popular di negara lain seperti di Eropah dan juga Amerika Syarikat.


Krim Foundation pula adalah krim yang dipakai untuk menyeragamkan kompleksi warna kulit sebelum mengenakan solekan dan bedak padat dan adakala digunakan untuk menggelapkan atau mencerahkan warna kulit asal wajah.

Perbezaan antara BB Cream dan juga krim cecair asas ( Foundation ) :

1. Liputan ( Coverage ) – krim BB memberi perlindungan kurang daripada krim foundation dan juga ianya lebih cair dan tidak tebal. Bagi anda yang kurang gemar memakai mekap tetapi mahukan kulit yang sekata, anda boleh memakai krim BB.

2. Faedah penjagaan kulit – krim BB mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk  menghidrat atau membaiki kulit anda manakala krim asas cecair adalah hanya untuk dipakai sebelum mengenakan solekan. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap.

3. Warna – krim BB mempunyai julat warna yang sangat terhad , biasanya 1 atau 2 warna – yang berada dalam pelbagai warna natural – NC25 dan ke bawah. Krim cecair asas ( foundation ) cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warn. Anda juga perlu berhati-hati dengan undertones krim BB yang cenderung untuk menjadi merah jambu dan bukannya kuning yang boleh membuatkan warna kulit anda nampak kelabu atau ashy.

4. Penggunaan – krim BB adalah yang terbaik digunakan dengan jari anda. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan tepuk produk ke dalam kulit dengan jari anda sehingga anda mempunyai kulit wajah yang sempurna. Cecair asas boleh digunakan dengan berus stippling, paddle brush, atau jari anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care