Thursday, October 10, 2013

Aylamyra Perfect Skin UV Defence SPF 50

Aylamyra Perfect Skin UV Defence SPF 50 memberikan perlindungan dan menghalang kulit dari
sinar UVA dan UVB.Dengan ini kulit akan dilindungi dari kesan terbakar dan hyper pigmentasi.

Harga RM 67/SSRM 71

Apakah anda tahu akan kepentingan sun block dalam hidup anda ?
Sun Block boleh
1. Melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA & UVB
2. Melindungi protein di bawah permukaan kulit spt keratin, elastin dan kolagen.
3. Melindungi dari penyakit lain seperti katarak,kerosakan kulit dan merendahkan imunisasi badan.
4. Melindungi kulit dari kecepatan kadar penuaan kulit seperti kedutan,kenduran,bintik-bintik hitam
dan jeragat.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mengunakan sun block adalah.
1.Pastikan Sun Block anda mempunyai SPF 30 atau SPF 50.
2. Pastikan Sun Block anda melindungi kulit anda dari UVA dan UVB.
3. Sunblock di pakai 20 minit sebelum anda keluar dari rumah di pagi hari.

Ramai diantara kita pakai sun block sekali jer masa nak pergi kerja ,ada juga org kata sun block boleh pakai sekali jer sehari.Sun block yang disapukan pada kulit lama kelamaan akan hilang, bila terkene peluh, mencuci wajah,berwuduk atau mengelap wajah kita dengan sapu tangan.Jadi sun block perlu diulang pengunaannya. Sun block boleh diulang pakai selang 3-4 jam.

SPF singkatan kepada Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari). Kandungan nombor SPF yang tinggi menunjukkan perlindungan daripada sinaran UVB yang menyebabkan kulit kita menjadi gelap dan sunburn. Lebih tinggi nombor SPF, lebih lama ia dapat memberi perlindungan dari sinaran UVB. PA pula menunjukkan perlindungan dari sinaran UVA. Sinaran UVA lah yang menyebabkan masalah penuaan kulit pra matang.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care