Tuesday, December 2, 2014

12 tip gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk kekal sihat dan cantik.

12 tip gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk kekal sihat dan cantik.

Antara yg boleh kita amalkan adalah

1. Menyayangi diri sendiri dan jauhi amalan buruk dan tempat yg tak sepatutnya. Contoh jgn terjebak apa jelah contoh mengambil benda terlarang. Hindari perbuatan merokok dan mengambil minuman beralkohol

2. Amalkan mengambil makanan dan minuman segar.Contoh makan ulam dan minum jus.Amalkan pemakanan seimbang yang disyorkan oleh nutrition dan amalkan menghindari garam dan gula berlebihan. Oh ya diet utk org kurus tak sama dengan yang obes.begitu juga diet utk org sihat atau berpenyakit spt kencing manis, gout dan kanser. Kena tahu diet yg u alls kene ambil.
Pada yang nak kuruskan badan pulak..ada byk jenis diet lately google ajer tapi adakah sesuai dgn anda...buat apa kurus langsing tapi dapat penyakit pulak kan. Btw...nak kurus ikuti tip nombor 3 ya.

3. Bersenam ...at least berjalan kaki semaksimum mungkin setiap hari...atau luangkan 10-20 min utk buat senaman ringkas atau...kemas lah rumah anda a to z...dari lap..mop..dan mcm2 lagi. Bersenam untuk kurus lain pulak caranya saya cdgkan korang masuk blog kevin zahri je lah yer.

4. Jagalah kecantikan diri. Pastikan ada set skincare seperti
-cleanser yg bagus dan sesuai dgn jenis kulit.
-scrub wajah anda untuk tanggalkan sel kulit mati.
-toner yg bersifat hydrathing
- serum wajah yang sesuai dengan kulit
-amalkan pakai facial mask
-pkai pelembab utk elak kulit wajah kering dan kusam
Akhir sekali
-pakai sun block yg ada spf tu utk lindungi kulit daripada sinar uv yg membawa kpd byk masalah kulit dan penuaan sebelum masanya.
Untuk lebih lanjut tentang serum muka..Boleh dapatkan dengan Aylamyra Skin Care dimana ada 10 jenis serum ditawarkan untuk anda mengikut keperluan dan masalah kulit.
Pastikan setiap kali sebelum tidur anda cuci muka dulu ya.


5.Elakkan makan makanan segera dan makanan siap proses. Contoh pizza...fried chicken. .burger...nugget

6.Cuba peruntukkan masa anda dengan pergi mendapatkan service spa contoh
-urutan
-rawatan kaki
-rawatan rambut
-rawatan wajah
Dan lain2 lagi.

7. Pilih makanan yang kaya dengan
- Omega 3
- Anti oksidan
Juga skrg terdapat banyak cara nak buang toksin dalam badan. myself jugak tertarik dgn kaedah infused water tu...

8. Sentiasa bertenang dan tidak stress. Bersenam dan membaca juga boleh membantu hilangkan stress.Jika anda muslim banyakkan zikir dan solat sunat utk mendapatkan ketenangan.

9. Bercampur dengan rakan-rakan dan komuniti kalau boleh beri sumbangan kepada masyarakat. Join persatuan yang sesuai dengan hobi dan minat anda.
Contoh
Kelab yoga
Fitness club.
Music lessons
Art class
Swimming course
Antiques collector
Charity foundation.

10. Minum banyak air...8-10 gelas sehari.

11. Luangkan masa dengan bercuti dan meninggalkan pekerjaan anda buat seketika. Skrg flight tiket dah murah...bebila je boleh book tiket gi Beijing atau vietnam...maklumlah ...boleh lah kita window shopping kat sana....tak pun jom pergi dong dae moon kat Korea...ada banyak duit pergilah Europe. .dan bagi muslim...ada duit dan kemampuan fizikal dan hati yang ikhlas..buatlah umrah. (Insyaallah).

 

12. Jangan tidur semula selepas solat subuh. Selain untuk kesihatan ia juga membawa keberkatan pada rezeki kita pada hari itu.Bagi non muslim bangun awal pagi sebelum matahari memancar. Keluar rumah dapatkan cahaya matahari yang kaya dengan vitamin D.

Orite itu ajer tip yang boleh Aylamyra kongsikan dengan u alls. Tip ni pun kita dapat dari pembacaan disana dan disini dan sedikit ilmu didada.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care