Monday, December 22, 2014

Apa akibatnya kalau tidur tanpa menanggalkan make up ?



Biasalah kalau dah letih penat kdg2 terus tidur je..tak larat nak bersihkan segala make up. yer munkin ada
antara kita mengalami hal ini. Tetapi setelah anda semua baca apa yg saya tulis ni diharap kita-kita ni akan berubah.
Sebab bende mcm boleh memberi kesan yg teruk pada kulit walau pun sekali sekala je kita lupa.

Lagi banyak terlupa ,lagi teruklah kerosakan pada kulit kita. Kulit wajah tak sama mcm kulit badan kita,ia sangat aktif
Pada waktu malam fungsi sel kulit yang paling penting adalah untuk memperbaharui selnya.
Memakai alat solek pada waktu malam menghalang proses pembaharuan dan  menyebabkan kerosakan pada kulit.

Foundation biasanya kita sapu tebal dan biasanya disapu diatas produk lain dan dipakai di sepanjang hari.Ia memerangkap segala
macam bende di persekitaran spt habuk ,bakteria ,debu dan mcm2 lagi. Ini boleh menyebabkan pecahan kolagen, yg
menyebabkan kulit berkedut dan liang-liang tersumbat, yang mengandungi bakteria dan menyebabkan jerawat.

Gincu pulak kalau tak rajin bersihkan waktu malam ia menyebabkan kekeringan pada bibir dan bertukar warna menjadi kusam dan gelap.
Maskara pun sama takut ada bakteria yang boleh menyebabkan bengkak dan menyebabkan konjunktivitis .Jika itu tidak cukup menakutkan, tidur dengan maskara anda juga boleh menyebabkan
bulu mata menjadi rapuh dan mudah patah.

Jadi jangan lupa ya ..mcm mana pun pergi cuci muka dan sapu pelembab.

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care