Tuesday, December 2, 2014

DOA & PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proseskedutan.Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca surah Al-waqiah ayat 35-38 setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala, boleh juga dibaca dan dihembus ke dalam air minuman

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istemewa. Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (ABQARAyang tidak pernah disentuh). yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan" - (Surah Al-Waqiah, ayat 35-38)

Extra Note :

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalantanpa memakai kasut.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlahmembaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Credit to red roses 2 u .net

No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care