Monday, April 27, 2015

Cara Menghilangkan Parut Jerawat

Anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawat yang terdapat di muka?

Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau.

Disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawat yang anda dialami.

Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:
• Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan mengunakan Aylamyra Purifying and Scar serum.Anda hanya perlu sapu 2x sehari
pagi dan malam selepas membersihkan wajah.Anda boleh lihat kesannya dalam 7-14 hari.Parut hitam akan memudar dengan cepat.Kulit akan kembali cerah bersih tanpa parut.
Aylamyra Purifying and Scar Serum menghilangkan parut hitam dan parut kemerahan,menghentikan jerawat dan mengawal kulit berminyak.
• Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.

• Jika parut anda adalah parut dalam dan berlubang serta berlekuk anda boleh mengunakan  Aylamyra Stem Cell Peptide serum dimana telah terbukti mampu menyelesaikan masalah parut berlubang.Gabungan Stem Cell buah epal dan protien peptide mampu meransang sel-sel kulit meperbaharui sel untuk menghasilkan sel kulit baru untuk menutup lubang. Kaedah ini adalah jauh lebih murah daripada rawatan laser.

Dapat tak? Jangan risau, ada lagi petua yang akan dikongsikan disini. Cuba tengok petua dibawah ini. Mungkin boleh membantu.

Petua Menghilangkan Parut Jerawat:

• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat.
Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam.
Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

• Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat.
Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan tiga kali seminggu.

Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda.






No comments:

Post a Comment

AylaMyra Skin Care

AylaMyra Skin Care